MEMBACA CARTA FOREX

Carta harfa adalah mudah dengan carta garis, carta bar dan juga carta “candlestick”. Ini adalah carta yang akan menunjukan harga semasa dengan tempoh masa tertentu. Tempoh masa ini adalah dari minit hingga ke tahun atau sebarang masa diantaranya.
Carta garis adalah yang paling senang untuk dibaca, ia akan menunjukkan kepada anda pergerakan pada setiap harga. Ia akan menunjukan waktu harga ditutup untuk satu masa khusus dengan mudah tetapi tidak bagi carta bar dan juga carta “candlestick”.
Untuk carta bar, ia akan menunjukkan kepada anda perbezaan harga itu pada sepanjang masa tersebut. Semakin besar bar itu, semakin besar perbezaan antara harga tinggi dan rendah. Ia adalah mudah untuk memberitahu yang sebelah kiri adalah harga pembukaan dan sebelah lagi adalah harga penutupan.Carta bar juga akan memberi anda harga yang variasi. Bila carta bar tertera, ianya boleh menjadi sukar untuk dibaca tetapi kebanyakan perisian carta memfokuskan jadi ianya akan menjadi lebih mudah untuk membaca jarak antara bar berikut.
Asal carta “candlestick” ini adalah dari Negara Jepununtuk menganalisa dan amat berguna untuk analisis harga FOREX. Carta “candlestick” agak sama dengan carta bar kerana kedua-duanya menunjukkan tinggi, rendah, buka dan tutup harga untuk menunjukkan masa. Bagaimanapun, carta yang berwarna ini lebih senang untuk dibaca untuk carta “candlestick”, dan secara normalnya ia berwarna hijau mewakili “candlestick” yang mengalami kenaikan sementara warna merah menunjukkan penurunan harga.
“Candlestick” sebenarnya akan merujuk dan memberitahu anda tentang pergerakan harga dan ianya sangat membantu dalam analisa anda. Bergantung pada harga “spread”, pelbagai jenis corak akan diberitahu melalui “candlestick”. Banyak nama-nama yang lebih eksotik tetapi bila anda mempelajari jenis corak ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda membuat analisis.
Carta harga biasanya tidak digunakan bagi diri sendiri untuk mendapatkan kesemua penjelasan yang anda perlukan tetapi dengan sedikit bantuan dari petunjuk teknikal. Petunjuk teknikal secara normal dikumpulkan bersama dengan kategori-kategori yang luas. Kebanyakannya diguna untuk memerhati dan mengesan pergerakan pasaran seperti: “trend indicators, strength indicators, volatility indicators dan cycle indicators”.
Disini terdapat beberapa senarai “indicators” yang selalu digunakan sebagai satu huraian.
Average Directional Movement Index (ADX) – Indeks ini membantu menunjukkan pergerakan pasaran dalam “trend” sama ada arah atau betapa kuat “trend” tersebut. Jika “trend” menunjukkan bacaan melebihi 25, itu menunjukkan “trend” itu kuat.
Moving Average Convergence/Divergence (MACD) – Ini pula akan menunjukan hubungan antara “moving average” yang membenarkan anda menentukan momentum pada pasaran. Bila masa garis isyarat menyeberangi atau melintasi MACD itu sudah dikira sebagai “trend” yang kuat.
Stochastic Oscillator – Ini adalah perbandingan penutupan harga pada satu tempoh masa tertentu untuk menentukan sama ada ianya kukuh ataupun lemah. Jika matawang itu lebih besar dari 80, ia sudah dikira sebagai “overbought” dan jika ianya berada dibawah nilai 20, ianya sudah dikira sebagai “oversold”.
Relative Strength Indicator (RSI) – Skala ini adalah dari 1 ke 100 untuk menentukan tinggi dan rendah harga. Jika RSI itu berada diatas garis 70, ia sudah dikira sebagai “overbought” dan jika ianya berada dibawah garis 30, ianya sudah dikira sebagai “oversold”.
Moving Average – Ia dicipta untuk membandingkan purata harga satu masa dengan purata harga untuk masa yang berlainan.

* sekadar untuk menambah pengetahuan

Comments

Anonymous said…
cmne nk follw blog ni ek??
xjmpe pon tang follwr nye... huhu..
agfx said…
baru ak mlm ni

Popular Posts