Skip to main content

Belajar Dari Kesilapan & Nasihat Dari Trader Berpengalaman / Bertauliah

Pengakuan ikhlas dari Penganalisa Forex Dailyfx tentang kesilapan & pengajaran sepanjang terlibat dalam urusniaga forex secara online yang boleh kita sama-sama jadikan panduan.


ANTONIO SOUSA – CHIEF STATEGIST

Mengalami kerugian pada separuh pertama tahun 2009 akibat jangkaan USD akan kukuh tetapi keadaan adalah sebaliknya. Walaupun begitu Antonio masih mampu mengekalkan ekuitinya untuk menjana keuntungan pada separuh kedua tahun 2009. Nasihat beliau:

1. Pastikan anda menggunakan Stop Loss dalam setiap position yang anda buka.
2.Tradelah berdasarkan jumlah ekuiti anda. Pastikan margin yang cukup untuk menampung kerugian.


JAMIE SAETTELE – SENIOR CURRENCY STRATEGIST

Kesilapan Jamie adalah memasuki pasaran terlalu awal tanpa menunggu signal yang betul-betul meyakinkan. Ini adalah kelemahan umum di mana kita mengabaikan teori Technical Analysis dan lebih berdasarkan kepada konsep “Jangkaan Berdasarkan Gerak Hati” tanpa menunggu isyarat yang betul-betul meyakinkan untuk masuk pasaran.



JOHN KICKLIGHTER – CURRENCY STRATEGIST

John member satu input yang berguna buat trader yang keliru antara Technical Analysis atau Fundamental Analysis. Ramai Traders yang membuat keputusan secara terburu-buru terhadap pengumuman data-data Fudamental yang signifikan seperti kadar faedah dan KDNK sesebuah Negara dan terus mengabaikan petunjuk-petunjuk Teknikal.

Analisis FOREX perlu dilakukan secara komprehensif (mengambil kira Fundamental dan Technical Data) terutama bagi traders jangka masa panjang (swing traders).



DAVID RODRIGUEZ – CURRENCY ANALYST

David melakukan kesilapan pertama apabila memasuki pasaran dengan membeli USD dengan harapan USD akan meningkat dan mengabaikan trend pasaran yang menunjukkan USD akan terus jatuh Kesilapan itu menyebabkan

David menjadi hilang kepercayaan terhadap analisisnya dan menyebabkan dia gagal memanfaatkan peluang apabila trend revesal benar-benar bermula.

Moral: Apabila anda melakukan kesilapan,. ambil masa untuk menstabilkan emosi anda dan kembalilah kepada petunjuk pasaran yang signifikan.



ILYA SPIVAK – CURRENCY ANALYST

Kesilapan Ilya adalah terlalu bergantung kepada Fundamental Data dan mengabaikan kepentingan Technical Analisis dalam menunjukkan sesuatu trend. Ilya hanya menggunakan TA sebagai analisis untuk masuk dan keluar pasaran dan menggunakan Fundamental Data dalam menentukan trend pasaran jangka panjang.

Moral: Dalam menganalisis Trend Pasaran, gunakan kedua-dua TA dan FA kerana TA adalah reaksi kepada FA



JOHN RIVERA – CURRENCY ANALYST

Kesilapan John adalah sesuatu yang biasa dibuat oleh Amatur; menutup position terlalu cepat bila untung, walaupun telah meletakkan sasaran keuntungan yang lebih tinggi. Ini biasanya berkait rapat dengan pengaruh psikologi. Kita cenderung untuk membiarkan position yang rugi berbanding position yang menguntungkan).



DAVID SONG – CURRENCY ANALYST

David memberikan tips berguna dalam menyesuaikan trading sistem berdasarkan keadaan pasaran. Walaupun adalah baik untuk mempunyai satu sistem trading yang konsisten, tetapi kita juga perlu memiliki trading sistem alternatif memandangkan pasaran Forex itu sendiri berubah – ubah.

Analoginya, walaupun anda seorang yang selesa dengan teknik swing (jangka panjang), anda juga perlu bersedia untuk menguasai teknik scalping bagi meningkatkan potensi keuntungan andan.



JOEL KRUGER – TECHNICAL STRATEGIST

Nasihat Joe adalah mudah:

1. Sesuaikan tahap risiko anda berdasarkan sistem trading. Jika anda bermain untuk jangka masa pendek, jangan risikokan modal yang besar dan sebaliknya.

2. Trader seharusnya mempunyai persediaan yang rapi sebelum masuk pasaran iaitu, tentukan tahap untung/rugi yang sesuai, tentukan startegi dan komited dengan plan anda.

(Sumber : MOCfx) 

Comments

Popular Posts