Aku Trader & Impian


Petikan dari laman seorang yang berpengalaman dalam dunia FOREX Aku Trader & Impian Ramai diantara rakan trader kita hari ini memandang forex sebagai lubuk duit dan bagaikan satu langkah mudah untuk menjadi kaya raya. Tetapi hakikatnya fakta ini tidak betul dan ianya seumpama berdagang nasib yang akhirnya menerima lbh byk kegagalan dari kejayaan. Melihat kepada aspek pemikiran diatas, ianya adalah pemikirian org amerika pada 10 tahun dahulu dimana lbh specific adalah kepada pemikiran yahudi dahulu. FOREX....ianya sepatutnya seumpama anda simpan wang dalam ASB. Iaitu anda menghasilkan atau menambahkannya sedikit demi sedikit secara konsisten. Ia sepatutnya dipandang sebagai suatu perniagaan pelaburan. Bukannya judi pelaburan. Berbeza dengan ASB atau mana2 skim, forex anda menguruskan nya sendiri. Bagaimana anda mengurus atau mencorakkan nya adalah bergantung kepada anda. So keuntungan dan kerugian anda tanggung sendiri. Siapa yang berani menyatakan dengan 100% bahawa price akan naik ataupun turun. Hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang betul2 jelas dan tahu. Semua orang melakukan analisis samada dari segi teknikal atau pon fundamental. Dan hasil daripada analisis tersebutlah mereka mentafsir sesuatu price currency akan naik ataupun turun. Spt yang dijelaskan diatas, FOREX adalah perniagaan pelaburan. Hampir2 sama dengan pasaran saham. Bezanya FOREX lebih tinggi kecairan dan anda boleh menentukan arah pelaburan anda. So, selagi anda tidak mampu mengubah diri anda untuk memahami dan meyakini forex itu suatu perniagaan pelaburan, maka selama itu lah anda sedang bermain dengan risiko. Jelas sekali , sekiranya anda memahami forex itu sebagai perniagaan pelaburan anda, maka anda lebih sayang apa jua jumlah wang yang pernah anda laburkan. Tentu sekali anda faham, sesuatu perniagaan itu harusla untungnya sederhana sahaja. mana mungkin anda mampu menghasilkan 100% setiap hari. Sekiranya terjadi sebegitu, tentu sekali hancur dunia forex dan semua org mampu menjadi jutawan pantas. Ia benar......., saya pernah melihat rakan saya (Trader A) yang bermula dengan USD100 mampu menjadikannya USD1000 dalam masa sehari. Dalam ketamakan untuk meneruskan untuk jadi USD10,000 pada hari berikutnya....akhirnya tersungkur di tengah jalan sehingga licin. Berbeza dengan trader seorang lagi (Trader yang menghasilkan hanya sedikit setiap hari. dengan hanya bermodalkan usd100 juga mampu menjadikan usd1000 dalam masa sebulan dan sehingga kini sudah pon mencecah 5-6K USD hanya dalam masa 6 bulan. So jika ditanya yang mana lbh baik, tentu sekali saya akan nyatakan bahawa Trader B lbh baik kerana...die menghasilkan untung setiap hari sedikit demi sedikit....dan inilah yang dinamakan perniagaan pelaburan. Saya boleh katakan Trader A hanya bernasib baik mampu menghasilkan USD1000 dalam sehari....Jika saya tanya anda....adakah forex ini kita sering bernasib baik?.....adakah setiap indicator yang kita gunakan mencapai 100% tepat?....jawapannya tidak pernah...ini bermakan anda perlu jaga margin anda...modal kecil gunalah lot kecl. kalau nak main kasar...pastikan modal juga kasar. saya sedar main kecil ni bosan...so pandai2 la. Kesimpulannya jika anda bermain dengan api yang membara (Lot gajah tapi modal halus) bermakna anda menghampiri kebakaran. Sebaliknya jika anda hanya bermain dengan lilin (Lot yang berpadanan lah dgn modal), anda masih mempunyai masa untuk memadamkan kebakaran. Kesimpulan cerita diatas dan sejarah2 trader....telah menghasilkan suatu data yang baik utk kita sebagai pedoman. Disini saya jelaskan satu persatu: Aku Trader yang berjaya: 1. Aku faham FOREX ini suatu perniagaan pelaburan 2. Aku faham peluang untuk aku untung mestilah seiring dengan risiko yang aku tanggung. So aku tidak harus tamak dan menjaga margin dengan sebaik mungkin. Maka lot yang aku perlu gunakan perlu lah sesuai dengan modal pelaburan aku 3. Aku fahami trading memerlukan masa. So aku perlukan kesabaran. Tidak semestinya setiap post aku perlu close dalam rugi atau semestinya close setiap hari. Mungkin ada hari2 aku perlu berada dalam floating. Yang penting aku telah pon bersedia kepada risiko tersebut Aku Trader Yang Gagal: 1. Aku tamak. aku nak cepat kaya. tak pernah fikir pasal margin 2. Aku selalu buat analisis (guna indikator) dan aku selalunya yakin penuh. So aku guna full margin 3. Aku selalu fikir, biarlah aku loss USD100...tapi kalau aku full margin dan jika aku betul, aku boleh untung sampai USD500 dan lbh2 lg. Hakikatnya....nasib tidak selalu menyebelahi kita.....berjaya sekali...gagal berkali-kali Fikir2 kan lah.....tanam dalam diri anda yang anda menyatakan forex ini adalah perniagaan pelaburan...perniagaan anda...insya allah anda telah berada dalam track yg betul Note: pernah tak anda temui trader yang hanya bermodalkan USD1000 mampu menjadikannya USD100,000 dalam 1 tahun ........jawapannya saya pernah, .......dan saya respect tentang kesabaran dan cara pelaburannya....inilah cth trader yang berdisiplin. Andai jika saya ditemukan dengan seorang trader yang spt cerita diats utk melabur. tentu sekali saya memilih trader B, kerana trader B lbh berdisiplin, bersedia tentang risiko dan faham benar tentang perniagaan pelaburan....

Comments

Popular Posts